OINTMENT
Salam. Hari ini admin akan menerangkan serba ringkas sahaja tentang ointment. Admin pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ointment. kerana penggunaan ubat-ubat berbentuk ointment mudah didapati di hospital atau mana-mana farmasi.
Ointment adalah penyediaan separa pepejal untuk kegunaan luar samada digunakan pada kulit ataupun mucous membrane.
Umumnya, Ointment terbahagi kepada 2 bahagian iaitu oily-based dan juga water-based.
Untuk lebih spesifik lagi, Ointment terbahagi kepada 4 jenis:
Hydrocarbon bases
Absorption bases
Water-Removal bases
Water-Soluble bases
Absorption bases
Water-Removal bases
Water-Soluble bases
Hydrocarbon Bases
Hydrocarbon bases adalah jenis oitment yang berminyak. Kandungan bahan bersifat cecair didalamnya adalah sedikit. Ointment jenis ini mampu melekat pada kulit untuk tempoh yang lama serta kalis daripada udara dan air. Sifat ointment ini penting untuk sesetengah ubat-ubat meresap masuk melalui kulit dengan berkesan tanpa gangguan dari udara dan air di ruang persekitaran.
Absorption Bases
Absorption bases pula terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah dari jenis water-in-oil emulsion. Bahagian kedua adalah oil-in-water emulsion. Ointment dari jenis ini sesuai dijadikan sebagai pelembap kulit.
Water-Removal Bases
Water-Removal bases ini lebih dikenali sebagai cream. Ointment ini bersifat "water-washable" dimana ia mudah dibasuhkan daripada permukaan kulit. Sifat Ointment ini sering diguna pakai dalam pembuatan alatan kosmetik. Salah satu kelebihan ointment ini adalah sesetangah ubat akan bertindak secara lebih efektif berbanding dalam bentuk Hydrocarbon Bases.
Water-Soluble Bases
Water-Soluble Bases adalah ointment yang tidak meninggalkan kesan berminyak. Contoh yang paling banyak didapati di pasaran adalah minyak rambut. Juga dikenali sebagai Gel.
Baiklah, admin berharap para pengunjung akan mendapat sedikit gambaran jelas mengenai Ointment berdasarkan penerangan diatas. Mungkin ada pengunjung yang tertanya-tanya jenis ointment manakah yang sesuai dalam penggunaan ubat.
Jawapannya, pemilihan penggunaan ointment adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu.
Pertama, cara untuk ubat tersebut bertindak kepada tubuh. Jika kita mahukan ubat segera meresap kedalam tubuh, Hydrocarbon Bases tidak sesuai kerana proses penyerapan ubat yang terkandung didalam ointment ini untuk ke dalam kulit adalah lebih perlahan berbanding
jenis-jenis ointment yang lain.
Kedua, cara untuk ubat dimasukkan ke dalam tubuh. Ointment yang digunakan untuk mata dan pada kulit adalah berbeza. Penggunaan pada mata adalah lebih bersifat sementara tanpa mengganggu penglihatan pesakit. Manakala penggunaan ointment pada kulit adalah untuk rawatan yang memerlukan tempoh masa yang lama. Hal ini demikian kerana penyerapan ubat melalui kulit memakan masa.
Ketiga, ketahan ubat-ubatan didalam ointment terhadap pengaruh persekitaran. Sesetengah ubat memerlukan penyerepan segera kerana keberkesanan ubat akan terganggu dengan kehadiran udara dan air dari persekitaran.
Keempat, tempoh luput ubat. Sesetengah ubatan tidak boleh bertahan dalam tempoh masa yang lama setelah terdedah di udara kerana faktor kestabilan bahan ubat. Oleh itu pemilihan ointment yang sesuai mampu melambatkan tempoh luput sesuatu ubat-ubatan.
No comments:
Post a Comment