EMULSION
Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana berkunjung ke blog admin.
Hari ini admin akan menerangkan serba ringkas maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui mengenai Emulsion.
Bila kita berbicara tentang Emulsion, admin pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita tahu pernah dengar tentang ubat berjenama Scot Emulsion kan?
Tahukah anda bahawa kita boleh membuat emulsion kita sendiri? Berminat untuk tahu?
Jom!
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EMULSION?
Maksudnya.. emulsion adalah keadaan dimana satu sebatian mengandungi 2 fasa.
2 fasa ini sebenarnya merujuk kepada oil (minyak) dan juga water (air).
Samada oil ini akan terlarut secara sekata didalam water ataupun
water akan terlarut secara sekata didalam oil.
Dan salah satu bahan terbabit akan terlarut didalam satu bahan yang lain sebagai zarah-zarah yang kecil ataupun titisan-titisan yang kecil.
Emulsion pula terbahagi kepada 2 jenis.
Yang pertama, Oil in water. Singkatannya adalah o/w.
Dan yang kedua, Water in oil. Singkatannya adalah w/o.
Chop sebentar admin! Bukankah minyak tidak boleh bercampur dengan air?
Ya betul. Jangan risau kerana kita akan mencampurkan bahan berfungsi untuk melekatkan minyak dan air ini bersama. Dan bahan ini dikenali sebagai Emulsifying agent.
Semua emulsion memerlukan antimicrobial agent kerana penyediaan ubat yang bersifat cecair ini mudah untuk dijangkiti bakteria.
Kita juga boleh menambah colouring agent (bahan pewarna) dan flavoring agent (bahan perisa) didalam emulsion yang kita sediakan. Bergantung kepada arahan dari doktor.
![]() |
Emulsion yang telah siap dibancuh |