Tuesday, 24 December 2013

PERKAKASAN MAKMAL UNTUK PENYEDIAAN UBAT SECARA EXTEMPORANEOUS (PART 2)


PERKAKASAN MAKMAL UNTUK PENYEDIAAN UBAT SECARA EXTEMPORANEOUS (PART 2)

4) CORONG PENURAS (FILTER FUNNEL)


Corong penuras digunakan untuk mengasingkan pepejal yang ada didalam larutan cecair dengan proses penurasan dengan menggunakan kertas penuras.

Kebiasaannya, corong penuras digunakan oleh pelajar farmasi untuk menuang bahan kimia dari botol stok kimia ke dalam botol bagi mengelakkan dari tertumpah di atas meja penyediaan.

Corong penuras didatangi dengan pelbagai saiz. 25ml, 75ml, 90ml dan lain-lain lagi. 


5) ROD KACA (GLASS ROD/STIRRER)


Rod kaca digunakan untuk mengacau dengan sebati cecair dan bahan-bahan lain.

Kebiasaannya pelajar menggunakan rod kaca untuk membancuh sebatian ubat didalam bikar kaca ketika proses pemanasan.


6) PICAGARI (SYRINGE)


Picagari digunakan untuk menyukat jumlah mililiter bahan kimia yang diperlukan oleh pelajar untuk membuat sebatian larutan ubat secara terus dari botol stok kimia.

Picagari yang biasa digunakan adalah dari jenis, iaitu Luer-Lock Syringe.

Saiz picagari yang digunakan adalah 1ml, 3ml dan 5ml.

Jarum suntikan tidak diperlukan untuk penyediaan extemporaneous. Namun demikian, jarum suntikan akan digunakan bersama dengan penapis picagari (syringe filter) sekiranya ingin mengambil larutan ubat dari ampuole. 


7) PENAPIS PICAGARI (SYRINGE FILTER)


Penapis picagari digunakan untuk menapis sebarang mendapat atau partikal pepejal ketika menyukat sesuatu larutan dengan menggunakan picagari. 

Kebiasaannya, pelajar akan menggunakan penapis picagari ini untuk menapis larutan ubat dari ampoule.