Tuesday, 7 January 2014

OINTMENT


OINTMENT

Salam. Hari ini admin akan menerangkan serba ringkas sahaja tentang ointment. Admin pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ointment. kerana penggunaan ubat-ubat berbentuk ointment mudah didapati di hospital atau mana-mana farmasi. 

Ointment adalah penyediaan separa pepejal untuk kegunaan luar samada digunakan pada kulit ataupun mucous membrane.

Cara penggunaan ointment.
Sumber dari foodfamilyfinds.com

Umumnya, Ointment terbahagi kepada 2 bahagian iaitu oily-based dan juga water-based.

Untuk lebih spesifik lagi, Ointment terbahagi kepada 4 jenis:

Hydrocarbon bases
Absorption bases
Water-Removal bases
Water-Soluble bases


Hydrocarbon Bases

Hydrocarbon bases adalah jenis oitment yang berminyak. Kandungan bahan bersifat cecair didalamnya adalah sedikit. Ointment jenis ini mampu melekat pada kulit untuk tempoh yang lama serta kalis daripada udara dan air. Sifat ointment ini penting untuk sesetengah ubat-ubat meresap masuk melalui kulit dengan berkesan tanpa gangguan dari udara dan air di ruang persekitaran.

Absorption Bases

Absorption bases pula terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah dari jenis water-in-oil emulsion. Bahagian kedua adalah oil-in-water emulsion. Ointment dari jenis ini sesuai dijadikan sebagai pelembap kulit.

Water-Removal Bases

Water-Removal bases ini lebih dikenali sebagai cream. Ointment ini bersifat "water-washable" dimana ia mudah dibasuhkan daripada permukaan kulit. Sifat Ointment ini sering diguna pakai dalam pembuatan alatan kosmetik.  Salah satu kelebihan ointment ini adalah sesetangah ubat akan bertindak secara lebih efektif berbanding dalam bentuk Hydrocarbon Bases.


Water-Soluble Bases

Water-Soluble Bases adalah ointment yang tidak meninggalkan kesan berminyak. Contoh yang paling banyak didapati di pasaran adalah minyak rambut. Juga dikenali sebagai Gel.


Baiklah, admin berharap para pengunjung akan mendapat sedikit gambaran jelas mengenai Ointment berdasarkan penerangan diatas. Mungkin ada pengunjung yang tertanya-tanya jenis ointment manakah yang sesuai dalam penggunaan ubat.

Jawapannya, pemilihan penggunaan ointment adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. 

Pertama, cara untuk ubat tersebut bertindak kepada tubuh. Jika kita mahukan ubat segera meresap kedalam tubuh, Hydrocarbon Bases tidak sesuai kerana proses penyerapan ubat yang terkandung didalam ointment ini untuk ke dalam kulit adalah lebih perlahan berbanding 
jenis-jenis ointment yang lain.

Kedua, cara untuk ubat dimasukkan ke dalam tubuh. Ointment yang digunakan untuk mata dan pada kulit adalah berbeza. Penggunaan pada mata adalah lebih bersifat sementara tanpa mengganggu penglihatan pesakit. Manakala penggunaan ointment pada kulit adalah untuk rawatan yang memerlukan tempoh masa yang lama. Hal ini demikian kerana penyerapan ubat melalui kulit memakan masa.

Ketiga, ketahan ubat-ubatan didalam ointment terhadap pengaruh persekitaran. Sesetengah ubat memerlukan penyerepan segera kerana keberkesanan ubat akan terganggu dengan kehadiran udara dan air dari persekitaran.

Keempat, tempoh luput ubat. Sesetengah ubatan tidak boleh bertahan dalam tempoh masa yang lama setelah terdedah di udara kerana faktor kestabilan bahan ubat. Oleh itu pemilihan ointment yang sesuai mampu melambatkan tempoh luput sesuatu ubat-ubatan.
















PAKEJ STUDY GROUP

Monday, 6 January 2014

SELAMAT DATANG KE BIDANG FARMASI



Assalamualaikum! Terima kasih kerana mengunjungi blog admin.
Blog ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang
maklumat yang serba ringkas mengenai teori-teori dan cara-cara pembuatan ubat
didalam bidang farmasi.

Kebanyakan kedai-kedai farmasi di negara kita menjual ubat yang 
telah pun tersedia ada dihasilkan oleh kilang luar negara.

Di klinik dan hospital, kita masih lagi melakukan penyediaan ubat secara manual 
dalam skala yang kecil jika doktor mengarahkan demikian.

Adakah anda pernah terfikir bagaimana proses pembuatan ubat 
secara skala kecil dilakukan?

InsyaAllah admin akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai proses pembuatan 
ubat secara skala kecil ini.

Diharap pengunjung akan mendapat pendedahan yang 
secukupnya tentang pembuatan ubat melalui blog ini.

Terima kasih (^^,)



Ayuh belajar teknik membancuh ubat!

Friday, 3 January 2014

PEMBANCUHAN EMULSION PART 1


PENYEDIAAN EMULSION PART 1


Assalamualaikum semua. Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang lalu. 
Dalam artikel yang lalu, admin telah menerangkan seberapa ringkas teori mengenai emulsion.

Dan kali admin akan menerangkan tentang contoh preskripsi ubat dari doktor.
Untuk membuat ubat, kita perlu mendapat preskripsi yang sah daripada doktor. Jika tidak, ubat yang dihasilkan adalah merbahaya untuk kesihatan kerana kandungan yang ada tidak mengikut dos yang dibenarkan. Berikut adalah contoh preskripsi ubatan.

Amaran
Preskripsi dibawah adalah tidak tepat dan 
hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. 
Harap Maklum.

Contoh preskripsi ubat
Step 1

Sebelum memulakan proses pembuatan ubat secara extemporaneous ini, pelajar akan diminta untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang kesalahan didalam preskripsi ini. 

Pelajar perlu memastikan nama pesakit, usia, alamat, doktor yang mengeluarkan preskripsi serta tarikh preskripsi betul.

Jika terdapat sebarang kesalahan, sila ajukan kepada penyarah untuk pembetulan.


Step 2 

Baiklah, setelah mendapat preskripsi, kita perlulah membuat proses kira-kira untuk memeriksa samada kuantiti bahan-bahan yang dinyatakan doktor di dalam preskripsi tidak overdose ataupun kurang daripada dose yang ditetapkan.

Matlamat pengiraan ini adalah untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan dalam kuantiti yang tepat serta memastikan dos ubat yang dihasilkan adalah berkesan untuk merawat pesakit.

Sig: 10 ml b.d

Sig adalah singkatan yang berasal dari perkataan latin, signetur. "let it be labeled"
Manakala perkataan b.d pula membawa maksud "twice daily" atau dua kali sehari.
Disini kita perlu tahu bahawa doktor mengarahkan pesakit untuk mengambil 10 ml emulsion dengan frequensi dua kali sehari.











Thursday, 2 January 2014

PRINSIP DALAM MEMBANCUH UBAT


PRINSIP DALAM MEMBANCUH UBAT

Assalamualaikum. Baiklah hari ini admin akan menerangkan serba ringkas 
mengenai prinsip yang perlu anda ketahui ketika membancuh ubat. 

Penyediaan ubat secara Extemporaneous adalah diperlukan apabila: 
  • Dose ubat yang spesifik kepada seseorang pesakit berdasarkan faktor usia, penyakit, berat badan dan lain- lain faktor.
  • Dosage form ubat tertentu (sifat fizikal sesuatu ubat seperti cecair) tiada dalam inventori 

Terdapat pelbagai jenis dosage form yang perlu anda ketahui. Dan setiap dosage form 
ini memiliki sifat-sifat yang berbeza dan cara pembancuhannya juga berbeza.


CECAIR 

Ubat yang berbentuk cecair umumnya adalah dalam bentuk solution dan juga suspension.

Kebiasaanya, pegawai farmasi ataupun penolong pegawai farmasi akan membancuh ubat dalam bentuk solution atau suspension untuk diminum oleh pesakit mengikut preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor. 

Solution merupakan penyediaan cecair yang jernih dimana partikel-partikal ubat didalamnya terlarut dengan sempurna.

Partikel didalam Solution

Suspension pula adalah penyediaan cecair yang mengandungi partikel-partikel ubat yang halus, 
terlarut secara sekata. Suspension kebiasaanya kurang jernih dan perlu digoncang terlebih 
dahulu sebelum diminum untuk memastikan kandungan ubat didalamnya 
terlarut secara sekata semula.

Partikel didalam Suspension


PEPEJAL DI DALAM PENYEDIAAN UBAT BERBENTUK CECAIR


Sekiranya kita memiliki bahan-bahan yang berbentuk pepejal (contoh seperti serbuk),
kita perlulah terlebih dahulu mengurangkan saiz partikel pepejal tersebut
dengan menggunakan mortar dan pestle. Kaedah ini dinamakan Trituration method.

Proses Trituration dengan menggunakan Mortar dan Pestle

Proses Trituration

Bahan-bahan yang memiliki saiz partikel yang kecil akan mudah bercampur bersama
untuk menghasilkan sebatian ubat yang baik. Partikel-partikal didalam sebatian ubat juga akan
terlarut secara sekata.


Barikut adalah jenis-jenis solution (larutan) yang perlu anda ketahui dalam pembancuhan ubat:

Diluted Solution

Diluted Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang sedikit didalam sesuatu larutan.



Concentrated Solution

Concentrated Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang banyak didalam sesuatu larutan.




Saturated Solution

Saturated Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang semaksimum mungkin untuk terlarut didalam sesuatu larutan.






Wednesday, 1 January 2014

EMULSION


EMULSION


Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana berkunjung ke blog admin.
Hari ini admin akan menerangkan serba ringkas maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui mengenai Emulsion.

Bila kita berbicara tentang Emulsion, admin pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita tahu pernah dengar tentang ubat berjenama Scot Emulsion kan?

 Tahukah anda bahawa kita boleh membuat emulsion kita sendiri? Berminat untuk tahu?
Jom!



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EMULSION?


Maksudnya.. emulsion adalah keadaan dimana satu sebatian mengandungi 2 fasa. 
2 fasa ini sebenarnya merujuk kepada oil (minyak) dan juga water (air).
Samada oil ini akan terlarut secara sekata didalam water ataupun 
water akan terlarut secara sekata  didalam oil.
Dan salah satu bahan terbabit akan terlarut didalam satu bahan yang lain sebagai zarah-zarah yang kecil ataupun titisan-titisan yang kecil.

Emulsion pula terbahagi kepada 2 jenis.
Yang pertama, Oil in water. Singkatannya adalah o/w.
Dan yang kedua, Water in oil. Singkatannya adalah w/o.

Chop sebentar admin! Bukankah minyak tidak boleh bercampur dengan air?
Ya betul. Jangan risau kerana kita akan mencampurkan bahan berfungsi untuk melekatkan minyak dan air ini bersama. Dan bahan ini dikenali sebagai Emulsifying agent.

Emulsifying agent


Semua emulsion memerlukan antimicrobial agent kerana penyediaan ubat yang bersifat cecair ini mudah untuk dijangkiti bakteria. 

Kita juga boleh menambah colouring agent (bahan pewarna) dan flavoring agent (bahan perisa) didalam emulsion yang kita sediakan. Bergantung kepada arahan dari doktor.

emulsion preparation
Emulsion yang telah siap dibancuh