Friday, 3 January 2014

PEMBANCUHAN EMULSION PART 1


PENYEDIAAN EMULSION PART 1


Assalamualaikum semua. Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang lalu. 
Dalam artikel yang lalu, admin telah menerangkan seberapa ringkas teori mengenai emulsion.

Dan kali admin akan menerangkan tentang contoh preskripsi ubat dari doktor.
Untuk membuat ubat, kita perlu mendapat preskripsi yang sah daripada doktor. Jika tidak, ubat yang dihasilkan adalah merbahaya untuk kesihatan kerana kandungan yang ada tidak mengikut dos yang dibenarkan. Berikut adalah contoh preskripsi ubatan.

Amaran
Preskripsi dibawah adalah tidak tepat dan 
hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. 
Harap Maklum.

Contoh preskripsi ubat
Step 1

Sebelum memulakan proses pembuatan ubat secara extemporaneous ini, pelajar akan diminta untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang kesalahan didalam preskripsi ini. 

Pelajar perlu memastikan nama pesakit, usia, alamat, doktor yang mengeluarkan preskripsi serta tarikh preskripsi betul.

Jika terdapat sebarang kesalahan, sila ajukan kepada penyarah untuk pembetulan.


Step 2 

Baiklah, setelah mendapat preskripsi, kita perlulah membuat proses kira-kira untuk memeriksa samada kuantiti bahan-bahan yang dinyatakan doktor di dalam preskripsi tidak overdose ataupun kurang daripada dose yang ditetapkan.

Matlamat pengiraan ini adalah untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan dalam kuantiti yang tepat serta memastikan dos ubat yang dihasilkan adalah berkesan untuk merawat pesakit.

Sig: 10 ml b.d

Sig adalah singkatan yang berasal dari perkataan latin, signetur. "let it be labeled"
Manakala perkataan b.d pula membawa maksud "twice daily" atau dua kali sehari.
Disini kita perlu tahu bahawa doktor mengarahkan pesakit untuk mengambil 10 ml emulsion dengan frequensi dua kali sehari.