Thursday, 2 January 2014

PRINSIP DALAM MEMBANCUH UBAT


PRINSIP DALAM MEMBANCUH UBAT

Assalamualaikum. Baiklah hari ini admin akan menerangkan serba ringkas 
mengenai prinsip yang perlu anda ketahui ketika membancuh ubat. 

Penyediaan ubat secara Extemporaneous adalah diperlukan apabila: 
  • Dose ubat yang spesifik kepada seseorang pesakit berdasarkan faktor usia, penyakit, berat badan dan lain- lain faktor.
  • Dosage form ubat tertentu (sifat fizikal sesuatu ubat seperti cecair) tiada dalam inventori 

Terdapat pelbagai jenis dosage form yang perlu anda ketahui. Dan setiap dosage form 
ini memiliki sifat-sifat yang berbeza dan cara pembancuhannya juga berbeza.


CECAIR 

Ubat yang berbentuk cecair umumnya adalah dalam bentuk solution dan juga suspension.

Kebiasaanya, pegawai farmasi ataupun penolong pegawai farmasi akan membancuh ubat dalam bentuk solution atau suspension untuk diminum oleh pesakit mengikut preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor. 

Solution merupakan penyediaan cecair yang jernih dimana partikel-partikal ubat didalamnya terlarut dengan sempurna.

Partikel didalam Solution

Suspension pula adalah penyediaan cecair yang mengandungi partikel-partikel ubat yang halus, 
terlarut secara sekata. Suspension kebiasaanya kurang jernih dan perlu digoncang terlebih 
dahulu sebelum diminum untuk memastikan kandungan ubat didalamnya 
terlarut secara sekata semula.

Partikel didalam Suspension


PEPEJAL DI DALAM PENYEDIAAN UBAT BERBENTUK CECAIR


Sekiranya kita memiliki bahan-bahan yang berbentuk pepejal (contoh seperti serbuk),
kita perlulah terlebih dahulu mengurangkan saiz partikel pepejal tersebut
dengan menggunakan mortar dan pestle. Kaedah ini dinamakan Trituration method.

Proses Trituration dengan menggunakan Mortar dan Pestle

Proses Trituration

Bahan-bahan yang memiliki saiz partikel yang kecil akan mudah bercampur bersama
untuk menghasilkan sebatian ubat yang baik. Partikel-partikal didalam sebatian ubat juga akan
terlarut secara sekata.


Barikut adalah jenis-jenis solution (larutan) yang perlu anda ketahui dalam pembancuhan ubat:

Diluted Solution

Diluted Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang sedikit didalam sesuatu larutan.



Concentrated Solution

Concentrated Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang banyak didalam sesuatu larutan.




Saturated Solution

Saturated Solution adalah larutan yang mengandungi bilangan partikel yang semaksimum mungkin untuk terlarut didalam sesuatu larutan.